25.3.09

On assigment-Vanish


My first paid assigment this year (belum dapat lagi pun paymentnya).Siapa sangka ada kampung macam ni lagi di Johor Bahru.Masih ada lagi budak main congkak dan guli. Dah lebih 20 tahun aku rasa aku tak tengok.Main PSP ramai la.

Ini mungkin peluang terakhir aku tengok dan rakam semua ni
.Tak lama lagi diorang semua akan dipindahkan ke lokasi baru, untuk bagi laluan pada pembangunan Wilayah Iskandar.

Maka hilanglah lagi sebuah kampung nelayan tradisional di Johor.Agak-agak boleh tak aku jual gambo ni kat muzium nanti?

22.3.09

sweetest thing

faizal & blue

today i had a lot of fun photographing this
warm, beautiful, and fun couple .

a full 8 hours of shooting and scouting for location under
the scroaching sun is really exhausting,
but this is the most satisfying shoot ever.

faizal & blue
it's been a pleasure working with you guys..

many-many
thank you for the foods and
congratulations!

12.3.09

kusut

From My Shot


otak aku kusut minggu nie.batuk.selsema.penat.bosan.kalau ada awek nak belanja makan atau ajak kencan hujung minggu nie sila hubungi email saya.minggu nie gua percuma.

6.3.09


whenever there's an end, there's always a beginning

Malaysian fertility rate decline from 3.4 in 1994 to 2.8 per cent in 2004 says a research by LPPKN. This results are expected to continue if the country kept moving towards an industrialized society as more educated public was discerning about family size and formation.

"With better education, delayed and non-marriage will become more prevalent. Marriage postponement shortens childbearing span and will result in a further fertility decline," it said.

" Gua rasa cabaran paling hebat dan sebab sebenar ialah belanja kawin, kalau downpayment Vios lagi rendah dari hantaran...maka faham-faham je la.." .

3.3.09

Sebak


i had great day!..itu ayat aku petang tadi..assignment aku settle. Tapi bila aku mula download gambar untuk dipilih sekejap tadi hati aku jadi sebak..sangat sebak.Airmata aku memang mahal.Hari ini kamera buruk itu aku telah membawa aku melihat satu lagi warna kehidupan dan menyebabkan airmata aku mengalir deras.Hati aku jadi lembik. Lagi lembik dari lagu Spoon.

Dia seorang tunggal.Tiada saudara.Tinggal sebatang kara tanpa anak dan isteri.Senyuman lesunya tak mampu menyembunyikan segala kepahitan dan kesunyian dihatinya. .Di ruangan sempit itulah dapur, itulah tandas dan itulah ruang tidur dan itulah ruang tamu.Tiada sofa empuk untuk melabuhkan punggung,cuma ada sebiji bantal usang untuk mengalas kepala.Tiada permaidani tebal, cuma ada sekeping tikar untuk dia berbaring.Dia hanya mampu mengesot untuk memasak, ke tandas dan menguruskan diri.Mujur lah ada jiran terdekat dan teman sekampung menghulur tangan.

harap-harap ini bukan kisah aku, bila aku tua nanti.Minta dijauhkan.

Mungkin pada luarannya aku keras...tapi hari ni aku jumpa kelemahan aku..hati aku belum cukup kering.Mungkin kerana aku ada orangtua yang seusia dengannya.

Aku rasa serba salah.Aku rasa tertekan.Hati aku berbelah bagi. Aku takut foto -foto ini akan mengaibkan. Tujuan aku adalah semoga foto -foto ini dapat membuka mata kita semua.Disebalik kesenangan dan kekayaan yang kita kejar dan nikmati, masih ada hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.Tanpa keluarga.

Sekarang aku dapat rasa tekanan yang Kevin Carter rasa sebelum peluru pistolnya menembusi kepalanya...

harap tiada siapa yang menyebarkan foto ini kerana identiti subjek perlu dilindungi dan
sebab-sebab hakcipta dan penerbitan.

allrights reserved @ PJXII