3.3.09

Sebak


i had great day!..itu ayat aku petang tadi..assignment aku settle. Tapi bila aku mula download gambar untuk dipilih sekejap tadi hati aku jadi sebak..sangat sebak.Airmata aku memang mahal.Hari ini kamera buruk itu aku telah membawa aku melihat satu lagi warna kehidupan dan menyebabkan airmata aku mengalir deras.Hati aku jadi lembik. Lagi lembik dari lagu Spoon.

Dia seorang tunggal.Tiada saudara.Tinggal sebatang kara tanpa anak dan isteri.Senyuman lesunya tak mampu menyembunyikan segala kepahitan dan kesunyian dihatinya. .Di ruangan sempit itulah dapur, itulah tandas dan itulah ruang tidur dan itulah ruang tamu.Tiada sofa empuk untuk melabuhkan punggung,cuma ada sebiji bantal usang untuk mengalas kepala.Tiada permaidani tebal, cuma ada sekeping tikar untuk dia berbaring.Dia hanya mampu mengesot untuk memasak, ke tandas dan menguruskan diri.Mujur lah ada jiran terdekat dan teman sekampung menghulur tangan.

harap-harap ini bukan kisah aku, bila aku tua nanti.Minta dijauhkan.

Mungkin pada luarannya aku keras...tapi hari ni aku jumpa kelemahan aku..hati aku belum cukup kering.Mungkin kerana aku ada orangtua yang seusia dengannya.

Aku rasa serba salah.Aku rasa tertekan.Hati aku berbelah bagi. Aku takut foto -foto ini akan mengaibkan. Tujuan aku adalah semoga foto -foto ini dapat membuka mata kita semua.Disebalik kesenangan dan kekayaan yang kita kejar dan nikmati, masih ada hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.Tanpa keluarga.

Sekarang aku dapat rasa tekanan yang Kevin Carter rasa sebelum peluru pistolnya menembusi kepalanya...

harap tiada siapa yang menyebarkan foto ini kerana identiti subjek perlu dilindungi dan
sebab-sebab hakcipta dan penerbitan.

allrights reserved @ PJXII

3 comments:

  1. Ber,

    Gua tersentuh dgn gambar lu tangkap ni..yeap..memang tragis bila dilihat apatah lagi yang mengharungi hidup ni.

    Gua rasa hasil kerja lu ni patut ada kesinambungannya bro..mungkin cara bantuan yang boleh lu bagi dgn hantar gambar serta sedikit latar belakang pada pihak yang boleh beri bantuan macam Kebajikan Masyarakat, NGO or even TV3. You know how powerful media is right now. Photography is part of it.

    Or look at another angle bro..maybe this is why you are so good in what you do..to change things with your lens!

    Only a view from an old friend.

    ReplyDelete
  2. btol dowh..
    rs sayu jer... iskhh.. iskhh... :(

    ReplyDelete
  3. rumit. ada kisah tak terbengkalai. inilah kehidupan. yang kita nampak. yang kita tak nampak? banyak... rumah itu nampak timbul. cantik

    ReplyDelete