
Bila Orang Besar nak datang, Orang Atas semua jadi panik.Mula gelabah, telefon sana-sini, suruh siap itu-ini, Tanya pasal kemajuan, tanya pasal payment, tanya itu tanya ini. Mangsanya?..Orang-orang kecil, Orangorang yang tak berkuasa nak melawan. Ikutkan sahaja. Kita Mentimun, Mereka Durian. Bekerjalah mereka siang dan malam bagi menjaga nama dan kepentingan orang atas.
Bila Orang Besar datang, Semua mulai sibuk. Meja yang dulu kosong kini penuh dengan fail. Yang pejabatnya di kantin tiba-tiba jadi rajin. Yang ada kuasa, nak jadi Superhero. Semua diarahnya. Gua syak diorang semua ada darah Hitler.Ada sahaja yang tidak kena.Mungkin cuba nak tingkatkan KPI-nya. Yang tak ada kuasa mula cari alasan bersuara, Barangkali biar mudah diingat namanya. Semua isu dibangkitkannya.Dari soal biskut dalam pantri hingga ke hal-hal keselamatan. Gua syak orang ini cuma pandai cakap, tapi tak pandai buat.Harap misai saja tebal.
Gua.. cuma tunggu peluang nak carutkan mereka semua.
3.9.09
Orang Besar, Orang Atas, Orang Kecil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

itu lumrah alam cu......
ReplyDeletekau nak carutkan mereka?
ReplyDeleteaku rasa kau x smpai hati..
wei model polis tu x gagah langsung!
hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....
ReplyDeletelayan je broo.. wa dah malas.. dah nama makan gaji..
ReplyDeleteSifat manusia gitu lah gamaknya.
ReplyDeleteYg lagi teruk, orang kecil, nafsu besau!