28.10.08

RAHSIA PERIBADI



Ini foto-foto yang dikirimkan pada gua melalui cd di peti surat siang tadi.Memang lelaki yang memegang pistol berpeluru Caliber.45 itu mirip gua.

Tapi Gua agak bingung.Keliru.Apakah benar lelaki itu gua? Tapi kenapa gua pergi menembak? Gua bukan askar Wataniah. Jadi apa yang gua buat di lapang sasar tu? Adakah gua seorang mesin pembunuh yang telah dibrainwash sehingga lupa akan identiti sebenar seperti Jefri Zain?Atau gua seorang ketua samseng yang mempunyai dwi identiti? Mungkinkah si gadis berdada seksi (ya..dadanya sungguh mantap.36b gua kira...) yang mengenyitkan mata pada gua siang tadi cuba menyampaikan sesuatu maklumat rahsia? PELIK.

Tapi apa yang gua pasti hari ini, gua bukanlah seorang fotografer majilis perkahwinan, majilis potong jambul, harijadi, buka puasa, berkhatan, majilis perbandaran atau apa-apa jua majilis keramaian.

Foto-foto inilah bukti kenapa foto-foto kahwin gua selalu gagal...hasil bidikkan  gua dari Caliber .45 adalah jauh lebih tepat dari guna kamera.

notakaki: ini adalah entry merapu..akan dimusnahkan dalam masa 72 jam dari masa ianya diterbitkan..

Currently listening to Life is a game of Chess (Saisiyukei) by SAM HUI

22.10.08

Sore Arse





"Nice sunlight today" sms masuk.

Pantas gua capai bag kamera dan sangkutkan segala alatan yang dah seminggu sedia.Supercub, gua pecut mencelah dan membelah setiap selekoh.Semangat Wayne Rainey sedikit demi sedikit merasuk diri gua.Harap dapat megejar biru langit pagi.


Setiap lubang dan bonggol habis gua redah.Sesekali gua rasa macam episod Long Way Down.Bila  si Ewan McGregor merungut keletihan dengan keadaan jalan di Afrika.


Selesai gua menggambar bangunan-bangunan siap dibina.Punggung montok gua (ini hanya penyedap cerita jangan bayangkan apa-apa...) terasa perit.Sengal.Ini mesti akibat dari meredah segala lubang dan bonggol dijalan kawasan binaan tadi.

Sekarang gua ada dibengkel.Menukar bearing belakang Supercub yang dah hancur.

Nota kaki kiri: Entry ini telah dialih bahasa semula ke bahasa asal penulis.

Currently listening to Proud to be Malaysian by The OFFICIAL

18.10.08

Sparrow

house sparrow
18 September 08
8.47 am

Demam Rally dah habis.Gear yang berdebu dan berlumpur belum habis dibersihkan.Ni berangan pulak jadi Joel Satore.

Gua baru tahu di China dan Vietnam ini adalah salah satu snack yang popular? Gua tengok dalam Travel Channel semalam.Masa tu TV2 sedang tayang Gerak Khas.

Jadi betul lah diorang ni makan anything with wings or legs excepts, tables and aeroplanes.Dan memang betul juga la ada manusia yang minat dan hafal lagu tema Gerak Khas.Tapi tak mengaku.

Currently listening to Pride by U2

12.10.08

HARI YANG SANGAT PANAS


Weather:
Cloudy
Lo: 23 deg celcius
High : 33 deg celcius
Humidity : 94%

1 tin 100+
nasi putih & ayam goreng
2 gelas air masak..
2 botol vanilla coke
1 botol air mineral 2 biji painkiller
itu lunch dan minum ptg gua hari ni!
Semalam
Hujan mencurah-curah.Lunch break jadi panjang.Intai-intai foto dalam kamera Yon..cantik..Intai kamera Din..cantik..Kamera gua..macam haram.Tak puas hati.100 frame, 2 frame je yang gua tak delete.Tak per esok ada lagi.Tapi boleh ke gua bangun pagi?

........

Hari ini.
Panas.33 darjah celcius.Langit biru. Menggoda.Gua tengok track berdebu.Teruja.Cuba cari spot baik. Nampak Bro Syukur kat situ. Uncle dari NZPA pun ada.Si pipi merah Sarah, anak dia pun ada situ dengan Nikonnya.Belegar-legar Heli kat atas kepala.Ini mesti port baik.Gua pasti.

"Kalau nak laju pegi kat bawah sana, tapi kalau kat sini ada chance dapat tayar dia terangkat" rekomen Brader Syukur otai foto Motorsport.Sambil tunjuk jejak tayar di tanah.Persis seorang trackker berpengalaman.Gua angguk.Kali ni memang tak salah port.

"Comming!!" jerit Marshall. Subaru Impreza 01 libaskan pasir kat selekoh C depan gua.

137 frame,97 frame kena delete.Agak memuaskan.Bagi seorang yang tak berapa layan motorsport.Sekarang gua ada masalah baru.Kaler kulit gua dah tak balance.Aiyak!!...

SNAPSHOTS@MR8 – ANCOM Malaysian Rally 2008 Johor, Malaysia.

8.10.08

Jawab Tag


RULE #1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

RULE #2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.

1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
- jap..bagi gua hisap rokok dulu..(sambil fikir camner gua nak pedajalkan diaorang..)

2. If you can have a dream to come true, what would it be?
- Skandal dengan Scarlett Johannsen, Kiera Knightley & Anna Kournikova all at once!

3. Whose butt would you like to kick?
- ramai…

4. What would you do with a billion dollars?
-1 billion?..sikit sangat ..tak cukup..tak boleh buat apa-apa…jadi gua tak nak fikir..

5. Will you fall in love with your bestfriend?
- best friend lelaki? Tak mungkin..bestfriend pompuan..bole terjadii...

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
- gua rasa semua orang akan kata”dua-dua sekali”…jadi gua pun follow..

7. How long do you intend to wait for someone you really love?
- gua tak pernah fikir…

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
-gua teruskan mencuba..( gua seorang yang optimis…)

9. What do you pray each day for your loved one?
- takkkan tu pun gua nak cerita?

10. What takes you down the fastest?
- my effort..not appreciated..

11. How would you see yourself in ten years time?
- agak-agak lu?

12. What do you really want at the moment of responding to this tag?
- …nak nyalakan rokok..nak download..

13. What kind of person do you think the person who tagged you is?
- lelaki ayu, berkaca mata, tidak seksi sangat, nampak macam gersang. (dan loser di zaman sekolah)>>>>>nie gua terbaca kat blog Aisyahrozi…hahahaha

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
-apa punya soalan nie?..

15. What’s the first thing you do when you wake up?
- taip-tiap hari tak sama..jadi gua tak boleh jawab…

16. Would you give all in a relationship?
- nak bagi apa?…gua tak der apa nak bagi..

17. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
- ikut nafsu..dua-dua gua sebat..tapi kalau ikut akal..jawapannya berbeza...

18. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
- Tengok keadaan...Kalau sampai lubang punggung lu kena ceroboh..lu boleh lupakan?..(be realistik)

19. Do you prefer being single or having a relationship?
- Dua-dua gua suka....(jawapan semasa..bole berubah mengikut keadaan..)

20. What is your favourite kuih raya?
- Tahun lepas Kuih Denderam,kuih Tart, Tahun ni.. Kerepek Pisang...Kerepek Bawang

The person’s that tagged me is..

rasso

nota kaki kiri: gua paksa diri gua jawab tag nie dan gua malas nak tag sesiapa...SELESAI


Haram J..apsal link aku tukar kaler nie?>>>>